(Pemain Liverpool, Luis Diaz menjaringkan gol pertama pasukan/REUTERS)
LIVERPOOL, 16 Ogos- Liverpool bermain dengan 10 pemain, bergelut mengelak kekalahan pertama di depan penyokong sendiri di Anfield sejak 2017 apabila Darwin Nunez dibuang padang yang menyaksikan The Reds seri 1-1 berdepan Crystal Palace.
Gol sensasi Luis Diaz memberikan satu mata buat Liverpool selepas Wilfried Zaha membuka jaringan buat Palace pada babak pertama.
Selepas dua perlawanan musim ini, Liverpool kini ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Manchester City dengan pemain baharu yang dibeli dengan harga 75 juta euro (RM339.86 juta) itu perlu dipersalahkan.
Nunez meledak dalam dua penampilan pertama berdepan City dalam Perisai Komuniti dan menyelamatkan satu mata ketika masuk sebagai pemain gantian apabila seri 2-2 di tempat lawan berdepan Fulham minggu lalu.
Namun pemain Uruguay itu menanduk Joachim Andersen sebelum berdepan cabaran besar dalam perlawanan apabila dilayangkan kad merah.
"Sekarang dia (Nunez) sendiri sudah tahu akibatnya," kata Jurgen Klopp apabila ditanya jika Nunez menyebabkan rakan-rakannya kecewa.
"Sudah tentu kecewa kerana ia kad merah. Dia diprovokasi tetapi itu bukan cara dia sepatutnya membalas." tambah Kloop.
Bagaimanapun, Liverpool kembali bangkit dan berhasil membalas dengan gol penyamaan Diaz.
Klopp berkat, beliau bangga bagaimana 10 pemainnya bangkit selepas minggu yang sukar disebabkan krisis kecederaan awal musim.
(Pemain Liverpool Darwin Nunez (dua dari kiri) dibuang padang oleh pengadil Paul Tierney/AFP)
Roberto Firmino, Thiago Alcantara, Diogo Jota, Joel Matip dam Ibrahima Konate semuanya terpaksa diketepikan manakala Joe Gomez hanya mampu berada di bangku simpanan.
Nat Phillips terpaksa membuat penampilan pertama dalam Liga Perdana sejak hari terakhir musim 2020/21 di bahagian pertahanan tengah manakala Klopp tiada pilihan di bahagian serangan pada penghujung aksi.
"Perasaan sebenar yang saya ada ketika adalah berjaya mengharungi perlawanan secara bermaruah "
"Dengan persiapan minggu ini ia sesuatu yang menakjubkan. Ia seperti ada satu kejaiban si ahli sihir membantu seseorang yang menghadapi masalah."kata Klopp.
Katanya, Liverpool akhirnya berjaya keluar dari perangkap, walaupun gagal mengubah penguasaan awal mereka menjaringkan gol. -AFP