fb fb fb fb fb

Nidzam Jamil letak jawatan sebagai Ketua Jurulatih Selangor FC

Nidzam berjaya membimbing pasukan berada di kedudukan ke-2 Liga Super musim ini/Foto Bernama

SELANGOR, 30 Oktober - Ketua Jurulatih Selangor FC (SFC), Nidzam Jamil meletak jawatan sebagai pengendali pasukan berkuat kuasa serta merta.

SFC menerusi kenyataan di laman sosial rasmi berkata, keputusan itu atas permintaan Nidzam yang ingin berundur daripada skuad Gergasi Merah.

"kelab ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Nidzam Jamil atas sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.

"Hasil bimbingan beliau sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama, Selangor FC kini sedang berada di antara kelompok teratas liga, muncul naib juara Piala FA musim ini, serta menduduki tempat teratas Kumpulan H untuk saingan AFC Champions League Two," menurut kenyataan pasukan.

Kelab turut menghargai sumbangan jurulatih berusia 44 tahun itu yang berjaya memupuk semangat kompetitif di kalangan pemain serta peranan penting dilaksanakan dalam mengekalkan prestasi pasukan sehingga kini.

Ketiadaan Nidzam menyaksikan tugas selaku Ketua Jurulatih pasukan utama Selangor FC akan digalas Abdi Hassan secara interim sementara kelab mengenalpasti Ketua Jurulatih baru.

Sumbangan terakhir Nidzam bersama skuad Gergasi Merah adalah ketika aksi Liga Super berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) Ahad lalu yang menyaksikan pasukannya tewas 0-3 ke atas skuad Harimau Selatan.

Trainee