fb fb fb fb fb

New York tuan rumah final Piala Dunia 2026

FOTO AFP

MIAMI, 5 Februari- Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan Stadium MetLife di New York/New Jersey, Amerika Syarikat (AS) akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan akhir Piala Dunia 2026.

Bidaan oleh New York berjaya mengalahkan persaingan kuatnya iaitu Dallas untuk memastikan perlawanan yang bakal berlangsung pada 19 Julai 2026 diadakan di bandar tersebut.

Stadium MetLife mempunyai 82,500 tempat duduk serta stadium tuan rumah bagi pasukan bola sepak Liga Kebangsaan Amerika (NFL), New York Giants dan New York Jets.

Ia juga pernah mengadakan beberapa perlawanan bola sepak antarabangsa, termasuk peringkat akhir Copa Amerika 2016.

Piala Dunia 2026 yang disertai 48 pasukan itu dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Sebanyak 16 bandar di tiga negara itu akan menjadi tuan rumah kepada kebanyakan perlawanan yang diadakan di AS.

Ia akan bermula dengan perlawanan di Stadium Azteca, Mexico City pada 11 Jun, manakala suku akhir di Los Angeles, Kansas City, Miami dan Boston.

Toronto pula dipilih untuk menjadi hos kepada perlawanan pertama pasukan Kanada. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA