fb fb fb fb fb

Natasha-Sin Li Jane bawa pulang gangsa dari Alabama

ALABAMA, 12 Julai- Pasangan beregu boling wanita negara Natasha Roslan-Sin Li Jane, meraih gangsa pada aksi World Games 2022 di Alabama, Amerika Syarikat.

Ia setidak-tidaknya menjadi menjadi penyelamat buat skuad negara untuk tidak pulang dengan tangan kosong apabila lain-lain wakil Malaysia kandas lebih awal.

Dalam aksi penentuan pingat gangsa berdepan Juliana Franco-Clara Guerrero dari Colombia pagi tadi, Natasha-Li Jane menguasai 235 - 204 di game pertama dan mengekalkan balingan bertenaga untuk menang 248 - 237 di game kedua sekali gus mencatat kemenangan 2-0.

Terdahulu, gandingan negara itu terlepas peluang untuk bertarung merebut emas selepas tewas kepada pasangan Denmark Mika Guldbaek-Mai Ginger Jensen 213-248, 215-225 pada peringkat empat terakhir di Kompleks Konvensyen Birmingham Jefferson semalam.

Perlawanan tenpin boling terbaik Malaysia di Kejohanan Dunia adalah pada edisi Lahti 1997 di Finland, dengan Sharon Low-Daniel Lim merangkul emas dalam acara beregu campuran manakala kali terakhir Malaysia memenangi pingat adalah pencapaian dua pingat gangsa di edisi Kaohsiung 2009 di Taiwan.


(Natasha Roslan (kanan) dan Sin Li Jane dengan pingat perak yang dimenangi pada Kejohanan Dunia 2022)
FOTO MTBC

Media Baharu