fb fb fb fb fb

Nasib Hakim Danish di GP Malaysia tergantung keputusan SIC

Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli

PUTRAJAYA, 31 Julai – Harapan peminat sukan permotoran tanah air untuk menyaksikan Hakim Danish Ramli beraksi sebagai pelumba wildcard di Grand Prix (GP) Malaysia tahun ini kini bergantung kepada keputusan akhir perbincangan antara Sepang International Circuit (SIC) dan pihak pengurusan tertinggi.

Pengurus SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, rundingan bersama pihak SIC setakat ini berjalan lancar dengan petanda positif terhadap penyertaan pelumba muda berusia 18 tahun itu.

“Sebenarnya keputusan penuh ini bergantung kepada SIC, saya sudah uruskan semuanya dari pihak saya dan saya pun ada berbicang minggu lepas bersama pihak SIC dan sebenarnya mereka pergi kearah itu untuk menjadikan program wild card ini, tetapi belum ada lagi keputusan yang muktamad,” katanya.

Beliau menyatakan perkara berkenaan selepas program RCB bersama bakat muda permotoran, Hakim Danish dan Qabil Irfan Azlan di Putrajaya.

Menurut Zulfahmi, SIC turut menyatakan kesediaan menanggung sebahagian kos, namun keputusan akhir perlu mendapat kelulusan pihak pengurusan.

Tambahnya, perancangan ke pentas dunia itu turut membabitkan kerjasama dengan sektor korporat dan kerajaan negeri, selain jaminan persiapan awal bagi memastikan Hakim tampil kompetitif sekiranya slot wildcard berjaya diperoleh.

 

3107 SKN ZULFAHMI WILDCARDPengurus SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE