fb fb fb fb fb

Nagulendran dilantik KSU KBS baharu

(Foto Facebook KBSMalaysia)

PUTRAJAYA, 2 Februari- Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baharu, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pelantikan Nagulendran, 53 tahun berdasarkan kelayakan, ciri-ciri kepimpinan dan pengalaman luas serta pengetahuan beliau dalam pembangunan generasi masa depan.

Beliau pernah memegang pelbagai jawatan di pelbagai bidang seperti sumber manusia, perancangan dasar dan teknologi strategik di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Nagulendran telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik bermula pada 25 Januari 1995 dan mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Tadbir Urus Biodiversiti dari University Of Nottingham, Ijazah Sarjana Pengurusan Alam Sekitar, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia.

"Saya percaya dengan pengalaman serta kredibiliti dimiliki Nagulendran untuk menerajui KBS dapat dilaksanakan dengan penuh integriti dan profesional dalam memenuhi aspirasi Malaysia Madani ke arah mewujudkan golongan belia yang patriotik, bersatu padu, berdisiplin dan berbudaya sukan demi perpaduan dan pembangunan negara," katanya menerusi kenyataan.


(Foto Facebook Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara)

Media Baharu