Sepanyol, 18 November - Rafael Nadal mahu menumpukan perhatiannya kepada perlawanan suku akhir Piala Davis antara Sepanyol dan Belanda yang akan berlangsung di Malaga esok.
Pemain nombor satu dunia itu memaklumkan, kehadirannya bersama rakan sepasukan adalah untuk menang dan bukan meraikan persaraannya.
"Saya tidak berada di sini untuk bersara. Saya di sini untuk cuba membantu pasukan,
"Perkara yang paling penting di sini adalah untuk tetap fokus pada apa yang perlu kami lakukan, iaitu bermain tenis dan melakukan yang terbaik. Kerana lawan kami sangat sukar dan mencabar."
Beliau berkata demikian dalam sidang media menjelang pertemuan dengan Belanda.
Nadal dijangka menutup tirai kariernya selepas 23 tahun berkecimpung dalam sukan tenis.
Bintang Sepanyol itu bakal disertai juara Roland Garros dan Wimbledon terkini, Carlos Alcaraz, Roberto Bautista Agut, Pedro Martinez, dan Marcel Granollers dalam skuad Sepanyol minggu ini.- AFP