fb fb fb fb fb

MotoGP kembali ke Argentina 2027

Perlumbaan MotoGP di Argentina bakal disambut meriah/Foto Reuters

BUENOS AIRES, 22 Julai - Argentina bakal menganjurkan perlumbaan MotoGP pada 2027, dengan lokasinya diubah lebih 1100 kilometer dari ibu negara tersebut.

Menurut kenyataan MotoGP, trek Autodromo Oscar y Juan Galvez, yang sering menganjurkan perlumbaan Formula Satu dan Grand Prix hingga 1990, akan diubah suai untuk perlumbaan tersebut.

Ketua Kerajaan Buenos Aires, Jorge Macri memaklumkan, kerja-kerja penambahbaikkan akan bermula Oktober ini melibatkan pengubahsuaian menyeluruh litar tersebut.

Termasuk, trek, 'paddock' dan zon keselamatan menerusi gabungan teknologi terkini,

"Perlumbaan MotoGP ini merupakan pertandingan elit membawa bersama pelumba dan pasukan antarabangsa yang akan dinikmati kira-kira 150,000 peminat di sini,'' katanya.

Perlumbaan musim lepas menyaksikan podium Grand Prix menjadi milik Marc Marquez.-REUTERS

ASHRIQ FAHMY AHMAD