fb fb fb fb fb

MotoGP: Jorge Martin cipta rekod terpantas di Phillip Island

(Jorge Martin dari Pramac dalam perlumbaan semasa perlumbaan
MotoGP Grand Prix, Mobility Resort Motegi, Motegi, Jepun,
25 September 2022/REUTERS)


MELBOURNE, 15 Oktober- Pelumba Sepanyol, Jorge Martin muncul terpantas pada aksi kelayakan MotoGP sekali gus bakal bermula di petak hadapan pada perlumbaan esok di Litar Phillip Island.Aksi

Bukan itu sahaja, pelumba itu turut mencipta rekod baharu terpantas sepusingan di litar tersebut.

Pada aksi kelayakan tersebut pelumba yang menunggang jentera Ducati itu mencatat masa satu minit, 27.767 saat sekali gus melebur rekod milik Jorge Lorenzo berusia sembilan tahun.

Catatan rekod Lorenzo sebelum ini ialah satu minit 27.899 saat yang dilakukan pada 2013.

Lebih membanggakan Ini juga adalah penampilan kali pertama Martin di litar Phillip Island.

(Marco Bezzecchi dari Mooney VR46 Racing Team meraikan kejayaan selepas layak di petak pertama
dengan Jorge Martin dari Pramac Racing di tempat kedua pada 
MotoGP - Grand Prix Thailand, 1 Oktober 2022/REUTERS)


Dalam pada itu, petak kedua menjadi milik pelumba Honda, Marc Marquez manakala Francesco Bagnaia melengkapkan barisan hadapan apabila meraih petak ketiga untuk perlumbaan esok.

Sementara itu, juara dunia, Fabio Quartararo akan bermula di petak kelima perlumbaan. -REUTERS

Media Baharu