fb fb fb fb fb

Kejohanan Golf LIV: Koepka pendahulu aksi pusingan pertama di Jeddah

(Brooks Koepka itu menamatkan aksi dengan catatan enam di bawah par, 64 pukulan/REUTERS)

JEDDAH, 15 Oktober-Pemain Brooks Koepka mendahului dengan kelebihan dua pukulan pada aksi pusingan pertama pada Kejohanan Golf LIV Jemputan Jeddah.

Bekas pemain nombor satu dunia itu dan pemenang empat kali kejohanan major memulakan aksi hari pertama kejohanan dengan cemerlang.

Koepka berjaya menamatkan aksi 18 lubang dengan catatan 62 pukulan, 8 di bawah par.

Dalam aksi tersebut Koepka tidak berdepan masalah untuk melakukan lapan birdie selain berupaya mengelak daripada melakukan bogey.

(Pemain Brooks Koepka mendahului dengan kelebihan dua pukulan pada aksi pusingan
pertama pada Kejohanan Golf LIV Jemputan Jeddah/REUTERS)

Tempat kedua pada aksi pusingan pertama kejohanan menjadi milik CHARL SCHWARTZEL dari Afrika Selatan.

Pemain itu menamatkan aksi dengan catatan enam di bawah par, 64 pukulan -REUTERS

Media Baharu