fb fb fb fb fb

MHC gesa KBS salur dana yang cukup kepada ISN

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal / FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 30 November- Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) meminta pertimbangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), untuk menyalurkan peruntukan dana secukupnya kepada Institut Sukan Negara (ISN).

Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata peruntukan tersebut membolehkan ISN memberi perkhidmatan terbaik kepada semua persatuan sukan sebagai usaha mempertingkatkan prestasi atlet di kejohanan tempatan dan antarabangsa.

Menjelaskan situasi dihadapi MHC, Subhan Kamal berkata pihaknya berdepan kesukaran untuk mendapatkan kemudahan fasiliti gim yang diminta kepada ISN.

"Kekangan dana menyebabkan semuanya berbeza. Kita faham bahawa ISN terpaksa memberi tumpuan kepada sukan lain-lain dan bukan hanya sukan hoki sahaja.

"Kami bukan hendak mengadu. ISN sentiasa menyokong, namun mereka tidak boleh memberi 100 peratus", katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan penaja minuman rasmi bagi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini.

Jun lepas, Datuk Seri Subahan memaklumkan, MHC terpaksa menanggung sendiri elaun seperti makanan dan penginapan petugas ISN seperti tukang urut, jurulatih fizikal serta pakar nutrisi, yang berkhidmat untuk skuad hoki lelaki kebangsaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD