(FOTO AFP)
DOHA, 19 Disember- Legenda Brazil Pele berkata Lionel Messi 'layak' menjadi pemenang Piala Dunia selepas Argentina menewaskan Perancis dalam aksi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir malam tadi.
"Hari ini, bola sepak terus menceritakan kisahnya, seperti biasa, dengan cara yang sangat menarik. Messi memenangi Piala Dunia pertamanya, seperti yang sepatutnya," kata Pele, yang membantu negaranya menjulang Piala Dunia sebanyak tiga kali, di Instagram.
Pele turut memuji penyerang Perancis, Kylian Mbappe yang menjaringkan hatrik pada perlawanan akhir yang berakhir 3-3 selepas masa tambahan sebelum dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti pertama buat Perancis.
"Rakan saya yang dikasihi, Mbappe, menjaringkan empat gol dalam perlawanan akhir. Alangkah indahnya menyaksikan tontonan ini untuk masa depan sukan kita." -AFP
(FOTO AFP)