fb fb fb fb fb

Messi menang Bola Emas

(FOTO AFP)

DOHA, 19 Disember- Lionel Messi dipilih memenangi Bola Emas selaku pemain terbaik Piala Dunia 2022 selepas membantu Argentina memenangi perlawanan akhir menentang Perancis.

Messi yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan akhir di Stadium Lusail, merekodkan jumlah keseluruhan tujuh gol sepanjang kejohanan kali ini.

Pemain berusia 35 tahun itu turut menyempurnakan sepakan pada penentuan penalti yang menyaksikan Argentina menang 4-2 ke atas Perancis selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 sehingga tamat masa tambahan.

(Lionel Messi bergambar di atas pentas dengan anugerah Bola Emas
untuk pemain terbaik Piala Dunia 2022 pada 18 Disember, 2022/Foto AFP)

Penyerang Perancis, Kylian Mbappe memenangi Kasut Emas untuk penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan gol, satu gol di hadapan kapten Argentina itu.

Luka Modric pula berada dikedudukan ketiga untuk pemain terbaik selepas membantu Croatia menduduki tempat ketiga.

Sementara itu, penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez meraih anugerah Sarung Tangan Emas untuk penjaga gol terbaik Piala Dunia, manakala rakan senegaranya Enzo Fernandez, 21, dinobatkan sebagai pemain muda terbaik.

Kemenangan Argentina ke atas Perancis menyaksikan mereka merangkul Piala Dunia buat kali ketiga selepas kejayaan pada edisi 1978 dan 1986.-AFP

Media Baharu