PARIS, 5 Januari- Penyerang Paris Saint Germain (PSG), Kaylian Mbappe berkata belum lagi membuat sebarang keputusan berhubung hala tujunya musim depan memandangkan kontraknya yang masih lagi berbaki enam bulan.
Sebelum ini, Mbappe berkata dia tidak akan memperbaharui kontrak bersama kelab gergasi Perancis yang dijangka tamat pada penghujung musim 2023-2024.
Ketua Pasukan perancis itu yang dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, kini bebas menandatangani perjanjian dengan kelab baharu.
"Pertama sekali, saya sangat bermotivasi tahun ini dan ini sangat penting", kata Mbappe kepada pemberita selepas perlawanan akhir Piala Super Perancis yang menyaksikan PSG menundukkan Toulouse 2-0 pada Rabu.
"Seperti saya katakan, kami masih ada gelaran yang perlu dimenangi.Kami telah memenangi satu gelaran. Saya masih belum membuat sebarang keputusan lagi.
"Kami berjaya melindungi semua pihak dan mengekalkan ketenangan kelab untuk menghadapi cabaran yang akan datang, dan kekal sebagai perkara paling penting.
"Jadi kami akan katakan ia adalah perkara kedua", kata Mbappe lagi.
Pada September lalu, media melaporkan, Mbappe bersetuju untuk melepaskan bonus kesetiaan yang menjangkau 100 juta Euro atau (AS$109.17 juta) sekiranya dia meninggalkan PSG secara perpindahan percuma.-REUTERS