fb fb fb fb fb

Masters Thailand: Dechapol-Sapsiree kecewakan Tang Jie-Ee Wei

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Hasrat pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk meraih gelaran Masters Thailand tidak kesampaian apabila tewas kepada wakil tuan rumah Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai pada perlawanan akhir hari ini.

Tang Jie-Ee Wei yang turun selaku pilihan kedua kejohanan terpaksa akur dengan kekalahan 12-21, 18-21 selepas pertarungan selama 49 minit kepada pilihan pertama itu di Stadium Nimibutr, Bangkok.

Kekalahan itu merupakan kekalahan kelima mereka daripada enam pertemuan menentang juara dunia 2021 berkenaan termasuk di pusingan kedua Terbuka India baru-baru ini.

Tang Jie-Ee Wei mara ke final selepas mengetepikan pilihan ketiga, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dari Jepun 21-11, 21-17, manakala wakil Thailand itu menewaskan pasangan Indonesia Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati 21-17, 21-14.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE