fb fb fb fb fb

Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea City

Usahawan dan personaliti televisyen terkenal Amerika Syarikat, Martha Stewart/ AFP

SWANSEA, 24 Disember - Usahawan dan personaliti televisyen terkenal Amerika Syarikat (AS), Martha Stewart secara rasmi menyertai kelab bola sepak Wales, Swansea City sebagai pemilik minoriti, menurut kenyataan kelab itu hari ini.

Stewart, yang dikenali sebagai pakar gaya hidup dan merupakan wanita pertama di AS yang mencapai status jutawan hasil usaha sendiri, hadir sebagai tetamu khas ketika Swansea menewaskan Wrexham 2-1 dalam saingan Liga Kejuaraan England, Jumaat lalu.

Dalam kenyataan kelab, Swansea menyifatkan kehadiran Stewart sebagai satu perkembangan positif dan yakin pengalamannya menyaksikan perlawanan secara langsung telah meningkatkan minat serta komitmennya terhadap kelab berkenaan.

Stewart menyertai senarai selebriti yang memiliki pegangan minoriti dalam Swansea City termasuk penyanyi rap terkenal Snoop Dogg yang menyertai kelab itu pada Julai lalu serta bintang bola sepak Croatia dan pemenang Ballon d’Or, Luka Modric yang menjadi pemilik bersama sejak April.

Swansea City kini berada di kedudukan ke-19 Liga Kejuaraan dan dijadual menentang pendahulu liga, Coventry City dalam perlawanan seterusnya. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN