fb fb fb fb fb

Maresca nafi bakal duduki jawatan tinggi di Manchester City.

Pengurus Chelsea, Enzo Maresca.-Foto REUTERS

STOKE D'ABERNON, 20 Disember - Pengurus Chelsea, Enzo Maresca menafikan dakwaan bakal menduduki jawatan tinggi di Manchester City.Tegas beliau, isu tersebut hanya bersifat spekulasi dan tidak mahu perkara tersebut menggangu fokusnya terhadap kelab London itu.

Maresca berkata, ia juga tidak menjejaskan masa depannya Beliau, yang sebelum ini merupakan penolong jurulatih di Manchester City, menyertai Chelsea pada 2024.

Pengurus berasal Itali itu memimpin pasukan Liga Perdana Inggeris tersebut memenangi gelaran Liga Persidangan Europa pada akhir musim pertamanya, diikuti oleh Piala Kelab Dunia pada Julai.

Laporan The Athletic melaporkan beliau antara calon utama untuk menggantikan Pep Guardiola di City apabila pengurus Sepanyol itu menamatkan tempohnya di Stadium Etihad.-REUTERS

ASHRIQ FAHMY AHMAD