fb fb fb fb fb

Malaysia sasar Kumpulan Satu dalam kejohanan tenis wanita antarabangsa

AYER KEROH, 17 Julai - Malaysia idam keputusan terbaik dalam kejohanan tenis wanita antarabangsa, Piala Billie Jean King.

Ini sekali gus dapat ditempatkan ke Kumpulan Satu dalam kejohanan tersebut yang akan diadakan di Pusat Tennis Nasional (NTC), Kuala Lumpur pada 8 hingga 14 Ogos depan.

Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), Mirzan Tun Mahathir berkata Malaysia telah bersaing dalam Kumpulan Dua kejohanan antarabangsa itu sejak diperkenalkan pada tahun 1963.

Kejohanan berkenaan melibatkan 11 negara termasuk Malaysia, Taiwan, Singapura, Thailand, Hong Kong, Iran, Vietnam dan Iraq.

(Mirzan Tun Mahathir (tengah))

Dalam pada itu menurutnya, setakat ini pihak LTAM belum memutuskan siapa yang akan mengetuai pasukan Malaysia ke kejohanan itu.

Namun beliau menjangkakan atlet senior, Jawairiah Noordin akan dilantik sebagai kapten pasukan.

Mirzan berkata demikian ketika sidang media Piala Billie Jean King, di gelanggang tenis Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) , Ayer Keroh.

Kejohanan ini kali terakhir diadakan pada 2019 dan terhenti dua tahun susulan pandemik COVID-19.

Media Baharu