fb fb fb fb fb

Lumba basikal Vuelta de Espana: Roglic buktikan prestasi masih di tahap terbaik

Foto Reuters

SEPANYOL, 24 Ogos- Penyandang juara, Primoz Roqlic berjaya meraih jersi merah sebagai juara keseluruhan selepas muncul juara di peringkat keempat pelumbaan sejauh 152.5 kilometer.

Pelumba pasukan Jumbo-Visma itu berjaya lari dari kumpuilan peloton, 300 meter sebelum penamat melepasi Mads Pedersen dai Pauskan Trek Segafedo.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Enric mas dari pasukan Movistar.


( Primoz Roqlic juara lumba basikal Vuelta de Espana / Foto Reuters)

Roglic dari Slovenia mempunyai kelebihan 13 saat ke atas Sepp Kuss dalam klasifikasi umum, dengan pelumba Amerika itu meamatkan perlumbaan di tempat ke-12.

Kemenangan itu menamatkan keraguan terhadap prestasi Roglic, 32 tahun sebelum ini bergelut untuk mengatasi kecederaan serius yang menyebabkan dia terpaksa menarik diri selepas peringkat ke-14 Tour de France.

Terdahulu, Alexey Lutsenko, Alessandro De Marchi dan James Shaw adalah tiga pelumba daripada kumpulan awal enam pelumba yang memisahkan diri tetapi akhirnya berjaya dikejar oleh peloton dengan kira-kira 35 kilometer sebelum garisan penamat.

Perlumbaan peringkat ke-5 hari ini sejauh 187.2 kilometer dari Irun ke Bilbao.- Reuters

Media Baharu