fb fb fb fb fb

Liga Super: JDT kumpul tiga mata berharga

JDT kumpul tiga mata, kekal di puncak Liga Super

PETALING JAYA, 28 Oktober - Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Héctor Bidoglio, berpuas hati terhadap prestasi pasukannya selepas meraih tiga mata penting, mengekalkan kedudukan JDT di puncak Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya di sini malam tadi.

Dengan kemenangan ini, JDT kini mengumpul 34 mata, meninggalkan Selangor sebanyak lapan mata, yang telah bermain lebih satu perlawanan.

Bidoglio mengakui kepentingan kemenangan ini untuk JDT mengekalkan momentum dalam perebutan juara.

“Tiga mata ini sangat penting untuk kami, sangat penting untuk kejohanan ini. Pada pandangan saya, pasukan saya bermain dengan baik.

"Mereka bermain dari sisi ke sisi untuk mencari pemain yang bebas, ruang yang terbuka, dan apabila kami temui pemain bebas itu, kami menjaringkan gol,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil, walaupun tewas, masih optimis dan percaya pasukannya berpeluang merapatkan jurang dengan JDT, menyasarkan peningkatan hingga ke perlawanan akhir musim ini.

"Sudah tentu, setiap tahun kita mahu ada peningkatan. Kalau kita lihat sebelum-sebelum ini, kita ketinggalan 15 mata, 13 mata di belakang. Kalau tahun ini, walaupun kita habis di tempat 10, 5, atau 6, kita tak tahu, tapi kita akan cuba rapatkan jurang tahun ini," ujar Nidzam dalam sidang media selepas perlawanan.

Perlawanan sengit JDT menundukkan seteru utama Selangor FC 3-0 disaksikan seramai 10,400 penyokong di Stadium MPPJ, Selangor malam tadi.

GRACE AISYAH KEDAYAN