fb fb fb fb fb

Liga Europa: Spurs selangkah ke pentas akhir

Penyerang Tottenham Hotspur, Richarlison (kiri), menanduk bola ketika berebut bola dengan pemain tengah Bodoe/Glimt Fredrik Sjovold (tengah).

LONDON, 1 Mei – Tottenham Hotspur menghidupkan impian ke final Liga Europa selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas kelab Norway, Bodo/Glimt, dalam separuh akhir pertama di Stadium Tottenham Hotspur, awal pagi tadi.

Spurs bermula garang dengan jaringan Brennan Johnson seawal minit permainan hasil gerakan Richarlison dan Pedro Porro.

James Maddison menambah jaringan pada minit ke-34 selepas mengawal kemas hantaran lintang Porro sebelum melepaskan rembatan rendah menewaskan Nikita Haikin.

Gol ketiga hadir menerusi penalti kontroversi selepas semakan VAR menyaksikan Dominic Solanke menyudahkan sepakan dari titik putih melepasi jam permainan.

Bodo/Glimt cuba bangkit dan usaha mereka membuahkan hasil menerusi rembatan Ulrik Saltnes yang terbias Rodrigo Bentancur untuk menewaskan Guglielmo Vicario pada minit ke-83.

Spurs mendominasi keseluruhan perlawanan dengan aksi kemas Porro di sebelah kanan dan ketajaman jentera serangan..

Namun kehilangan Maddison dan Solanke akibat kecederaan membimbangkan menjelang aksi timbal balik di stadium Aspmyra minggu depan.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI