fb fb fb fb fb

Liga Europa: Man United menang selesa

Pemain Man United, Casemiro (jersi merah) diasak pemain lawan / AFP

SEPANYOL, 2 Mei - Manchester United menang selesa, 3-0 ke atas Athletic Bilbao dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa di Stadium de San Mames, Sepanyol, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan tersebut, The Red Devils terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain tengah, Casemiro pada minit ke-30.

Serangan bertali arus skuad bimbingan Ruben Amorim ke arah gawang lawan terus membuahkan hasil.

Menyaksikan selang tujuh minit kemudian, Man United memperoleh gol kedua menerusi sepakan penalti yang disempurnakan pemain tengah, Bruno Fernandes.

Pemain kebangsaan Portugal berusia 30 tahun itu terus menyerlah apabila membantu pasukan pelawat menjaringkan gol ketiga pada minit ke-45.

Bersambung separuh masa kedua, perlawanan tampak seimbang apabila kedua-dua pasukan saling mencuba mencipta jaringan.

Bagaimanapun keputusan kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Aksi timbal balik separuh akhir Liga Europa dijadual berlangsung di Old Trafford pada 9 Mei depan.

Dalam satu lagi perlawanan, Tottenham tewaskan Bodo/Glimt, 3-1.

 

MOHAMAD KHAIRIE KHALID