fb fb fb fb fb

Liga Europa: Liverpool kekalkan rentak kemenangan

(FOTO REUTERS)

LIVERPOOL, 6 Oktober – Gol oleh Ryan Gravenberch dan Diogo Jota membolehkan Liverpool menang 2-0 di tempat sendiri ke atas pasukan Belgium, Union Saint Gilloise pada Khamis, membolehkan pasukan tersebut mengungguli kumpulan E Liga Europa dengan tiga mata penuh.

Tuan rumah Liverpool mendahului pada minit ke-44 seminit sebelum rehat melalui Ryan Gravenberch yang menolak masuk bola melepasi jangkauan penjaga gol Union, Anthony Moris.

(FOTO REUTERS)

Diogo Jota memastikan kemenangan dua minit sebelum tamat perlawanan apabila bijak mengambil kesempatan daripada serangan balas dengan merembat masuk bola melepasi Moris dari dalam kotak.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Juergen Klopp mengakui pasukannya mampu melakukan yang lebih baik.

"Kami kehilangan sedikit rentak dan memberikan banyak set-piece kepada pasukan lawan," katanya kepada TNT Sport.

"Namun saya fikir kami benar-benar matang dan profesional tetapi kami boleh menjadi lebih baik," kata Klopp.

Ketika ini pasukan Liverpool mendahului kumpulan E dengan enam mata dan Union di tangga ketiga dengan satu mata.-REUTERS

Media Baharu