fb fb fb fb fb

Legenda Ukraine, Shevchenko dipilih sebagai Presiden UAF

Presiden Persekutuan Bola Sepak Ukraine (UAF) baharu, Andriy Shevchenko /FOTO REUTERS

KYIV, 26 Januari - Bekas legenda dan penyerang antarabangsa Ukraine, Andriy Shevchenko telah dipilih sebagai Presiden baharu Persekutuan Bola Sepak negara (UAF) dalam satu mesyuarat kongres badan berkenaan pada Khamis.

Bekas penyerang AC Milan yang berusia 47 tahun itu berjaya mendapat 93 undi daripada 94 undi kongres berkenaan yang diadakan di ibu negara Ukraine.

Shevchenko yang bersara daripada dunia bola sepak pada 2012 menggantikan bekas Presiden paling lama iaitu Andriy Pavelko, yang kini menghadapi perbicaraan atas tuduhan penyelewengan.

Namun, Pavelko menafikan tuduhan berkenaan.

Sepanjang kariernya sebagai pemain, Shevchenko merupakan penjaring terbanyak Ukraine sepanjang masa dengan 48 gol dalam 111 perlawanan dari 1995 sehingga 2012.

Sebagai pengurus pula, dia telah berjaya mengemudi pasukan kebangsaan Ukraine sehingga ke suku akhir kejohanan Piala Eropah 2020.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD