fb fb fb fb fb

Legenda bola sepak Norway, Age Hareide meninggal dunia

Bekas jurulatih dan pemain pertahanan Norway, Age Hareide / REUTERS

OSLO, 19 Disember - Bekas jurulatih dan pemain pertahanan Norway, Age Hareide, meninggal dunia pada usia 72 tahun, menurut kenyataan keluarganya kepada media Norway pada Khamis.

Pada November lalu, bekas pengurus pasukan Norway dan Denmark itu telah didiagnosis menghidap kanser otak.

Hareide mengendalikan pasukan Denmark dari 2016 hingga 2020, dan berjaya membimbing pasukan berkenaan mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2018.

Beliau melatih pasukan Norway dari 2003 hingga 2008, selain mencatat kejayaan di peringkat kelab bersama Brondby (Denmark), Malmo Helsingborgs (Sweden) serta Rosenborg (Norway), dengan memenangi trofi di ketiga-tiga negara tersebut.

Tugasan terakhirnya adalah sebagai jurulatih Iceland sebelum bersara pada November tahun lalu. - REUTERS

Sebagai pemain, Hareide pernah beraksi bersama Molde, Manchester City dan Norwich City, serta mencatat 50 penampilan antarabangsa bersama pasukan kebangsaan Norway dari 1976 hingga 1986. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD