fb fb fb fb fb

Leeds bertukar pemilik

(FOTO FB www.leedsunited.com)

LONDON, 18 Julai - Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) telah meluluskan penjualan kelab Leeds United kepada 49ers Enterprises yang mempunyai pemilikan penuh kepada kelab liga pertama Inggeris kata kelab berkenaan semalam.

Bekas pemilik Leeds, Andrea Radrizzani mencapai persetujuan pada Jun lalu bagi menjual kepentingannya kepada kumpulan 49ers yang mempunyai saham di dalam kelab Leeds sebelum ini.

Naib Pengerusi Leeds sebelum ini, Paraag Marathe dijangka menggantikan Radrizzani sebagai Pengerusi kelab tersebut, menurut kenyataan daripada Leeds.

Dalam satu kenyataan, Marathe berkata proses transisi yang berlaku terhadap kelab merupakan sesuatu yang penting bagi melonjakkan semula prestasi Leeds United.

"Kami telah melantik pengurus kelab yang mempunyai rekod cemerlang dan kami yakin kelab mampu bersaing untuk ke Liga Perdana musim depan.

Sebelum ini, Leeds telah melantik bekas pengendali Norwich City, Daniel Farke sebagai pengendali baharu bagi menggantikan Sam Allardyce yang meninggalkan kelab menerusi persetujuan bersama susulan penyingkiran Leeds daripada Liga Perdana.

Farke sebelum ini berjaya membawa Norwich City kembali ke Liga Perdana pada musim 2020-21.-REUTERS


(Pengurus Leed United, Daniel Farke/FOTO FB www.leedsunited.com)

Media Baharu