fb fb fb fb fb

Lee Zii Jia mara ke suku akhir

Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia/Foto RTM

PARIS, 1 Ogos-Kem badminton negara terus ceria selepas pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia menepati ramalan mara ke suku akhir selepas mudah menundukkan wakil tuan rumah, Toma Junior Popov 21-13, 24-22.

Biarpun berdepan sokongan padu penonton tuan rumah di Porte de La Chapelle Arena, Zii Jia, pemain yang berada di kedudukan ranking ketujuh dunia dilihat tenang dan berjaya menamatkan set pertama dengan 21-13 dalam tempoh 18 minit.

Pada set kedua, Zii Jia diberi tentangan hebat oleh Popov sebelum menang 24-22.

Pada suku akhir nanti, Zii Jia bakal berdepan wakil Denmark, Anders Antonsen.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD