PETALING JAYA, 18 Disember- Jaguh lari menara, Soh Wai Ching dinobatkan sebagai pemenang Kejohanan Kebangsaan Larian Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2023.
Kemenangan itu turut menyaksikan Wai Ching berjaya memperbaharui rekod peribadinya.
Wai Ching melakar masa terpantas 1:57:5 saat pada larian ketiga bagi larian 552 anak tangga sekali gus memecahkan rekod peribadi terdahulu 2:3 saat.
"Cabarannya memang sangat susah kerana terdapat banyak atlet-atlet dari luar negara seperti Jepun, Taiwan, Kenya dan Nepal.
Walaupun beraksi di tempat sendiri, saya perlu lakukan yang terbaik tambah pula ditaja oleh MBPJ. Maka, tidak boleh main-main apatah lagi demi Malaysia,"
Edisi sulung yang berlangsung di Menara MBPJ pada Jumaat itu menyaksikan seramai 350 peserta tempatan dan antarabangsa mengambil bahagian.