fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Kuartet 4X100m wanita raih gangsa

(Keputusan 4x100m wanita)

HANGZHOU, 3 Oktober- Kem olahraga negara terus menghadiahkan pingat pada Sukan Asia 2022 menerusi kuartet 4x100 meter wanita yang berjaya meraih pingat gangsa pada saingan akhir di Stadium Olimpik Hangzhou, hari ini.

Kuartet itu dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya dan Shereen Samson Vallabouy berjaya menamatkan larian dengan catatan 45.01 saat.

Mereka menggondol pingat gangsa selepas kemenangan Bahrain yang menduduki tempat ketiga, dibatalkan.

Manakala pingat emas dimenangi China yang menamatkan saingan dengan catatan 43.39 saat sementara kuartet dari Thailand meraih pingat perak dengan catatan masa 44.32 saat.

Sementara itu, dalam saingan akhir 4x100 meter lelaki menyaksikan kuartet negara menamatkan saingan pada kedudukan kelima.

Kuartet negara dibarisi Khairul Hafiz Jantan, Muhammad Arsyad Md Saat, Jonathan Nyepa dan Muhammad Azeem Fahmi itu menamatkan saingan akhir acara tersebut dengan catatan 39.19 saat.

Dalam perkembangan badminton, di Gimnasium Binjiang bekas Juara All England, Lee Zii Jia dengan mudah mengatasi cabaran dalam pusingan kedua Sukan Asia 2022.

Esok Zii Jia dijadualkan berhadapan dengan Jaguh Dunia Kunlavut Vitidsarn dari Thailand bagi menentukan tempat ke suku akhir.

Selepas menyingkirkan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong dalam pusingan pertama semalam, pemain nombor 19 dunia itu dengan mudah menewaskan Mourinho Zefi Costa Gusmao De Jesus dari Timur Leste 21-0, 21-7 dalam masa 17 minit, hari ini.

Bagaimanapun, Zii Jia akan diuji ketika berhadapan Kunlavut dalam pusingan ketiga selepas pemain Thailand itu mendapat bai dalam pusingan pertamanya.

Kunlavut merupakan pemain perseorangan lelaki Thailand yang julung kalinya menjadi Juara Dunia selepas mengalahkan Kodai Naraoka dari Jepun di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.

Berdasarkan rekod, Zii Jia dan Kunlavut masing-masing memenangi tiga daripada enam perlawanan antara mereka sejak 2016 tetapi pemain Thailand itu merupakan pemenang dalam dua perlawanan terakhir mereka pada acara Final Jelajah Dunia 2021 dan Terbuka Jerman 2022.