fb fb fb fb fb

KPM, KBS perkenal Liga Tunas Malaysia, usaha lahirkan bakat baharu bola sepak negara

PUTRAJAYA, 19 Julai- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam membantu melahirkan bakat baharu bola sepak negara bagi melonjakkan ekonomi khususnya dalam industri sukan tanah air.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, bagi merealisasikan misi itu, pihaknya dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), tampil memperkenalkan satu lagi program pembangunan akar umbi dikenali sebagai Liga Tunas Malaysia.

"Kali ini apa yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama KPM ialah di mana sekolah-sekolah lapan tertinggi dalam setiap daerah itu, diberi ruang untuk bertanding dalam liga yang kita lancarkan. Ini usaha yang dibuat oleh KBS bersama-sama dengan kami untuk melahirkan pelapis-pelapis bola sepak kebangsaan pada masa akan datang termasuklah untuk pasukan kebangsaan, Harimau Malaya," katanya.


(Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin)

Dr Radzi berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Liga Tunas Malaysia di Stadium Mini Pancarona, Putrajaya.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Liga Tunas Malaysia merupakan inisiatif baharu rentas kementerian dengan hasrat memupuk minat dan mengaktifkan komuniti akar umbi bagi menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan menjelang tahun 2030.

Media Baharu