fb fb fb fb fb

Kevin De Bruyne penyelamat City, benam Leicester 1-0

(FOTO AFP)

MANCHESTER, 30 Oktober- Manchester City melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas berjaya menewaskan Leicester City 1-0 dalam saingan awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut disempurnakan oleh pemain tengah, Kevin De Bruyne menerusi sepakan percuma pada minit ke-48.

Ketiadaan Erling Haaland akibat kecederaan nyata menyaksikan ketumpulan jentera serangan skuad The Citizens itu yang selama ini mencetak lebih daripada satu jaringan.

Walau bagaimanapun, skuad King Power tidak memberikan kemenangan mudah sebaliknya menyempurnakan pelbagai peluang terhidang, namun cubaan tersebut tidak menyebelahi mereka.

Percubaan sepakan lambung Youri Tielemens dinafikan penjaga gol City, Ederson sekali gus menjadi percubaan terbaik sepanjang perlawanan tersebut.

"Saya mahukan Kevin dan kami perlukan Kevin ini. Gol dan visinya dalam padang boleh membantu pasukan. Penglibatannya amat baik dan begitulah kejadiannya hari ini," kata bos City, Pep Guardiola.

Skuad kendalian Guardiola itu kini mencatat 29 mata di puncak liga dengan meninggalkan The Gunners satu mata yang kurang satu perlawanan.

City akan melayani kunjungan Fulham di Stadium Etihad, 5 November untuk saingan seterusnya.

Sementara itu, Liverpool merekodkan kekalahan kedua bertemu Leeds United, 1-2 selepas kalah menentang Nottingham Forest pada 22 Oktober lalu.

Fulham dan Everton pula kekal seri 0-0 sehingga tamat permainan perlawanan ke-14 liga.- AFP


(Percubaan Leicester oleh Youri Tielemens menguji penjaga gol City Ederson/AFP)

 

Media Baharu