fb fb fb fb fb

Kejuaraan Piala Yang di Pertuan Muda Terengganu 2022

LEMBAH BIDONG, 20 Jun - Perebutan kejuaraan Piala Yang di Pertuan Muda Terengganu kembali mewarnai kalendar penganjuran perlumbaan kuda lasak di negeri Terengganu.

Penganjuran bertaraf antarabangsa yang berlangsung selama empat hari di Terengganu International Endurance Park itu berjaya menarik 50 penyertaan.

Ini termasuk dua pasukan dari Singapura dan Thailand yang mempertaruhkan 3 kategori utama iaitu CEI 1 100km, CEN 100km dan CEN 40km.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli, turut sama beraksi mewakili pasukan Royal Terengganu Endurance Stable bagi acara CE 1 100km.

(FOTO FAIL)

Turut beraksi Anfal Insyirah Abu Talib, Muhammad Yusuf Luqman Zakaria dan Nur Qasrina Amani Zakaria yang merupakan trio pemenang pingat perak di Kejuaraan Dunia Kuda Lasak (FEI World Endurance Championship) yang telah berlangsung di Netherlands pada tahun lalu dan juga penyertaan penyanyi Faizal Tahir bagi acara CEN 100km yang turut menjadi tumpuan.

Pasukan Royal Terengganu Endurance Stable dengan catatan masa 11 jam 40 minit 28 saat telah dinobatkan selaku juara manakala pasukan Benua Endurance Team di tempat kedua dengan catatan masa 25 jam 18 minit dan 13 saat.

Media Baharu