fb fb fb fb fb

JDT II juara Liga Premier

(Foto MFL)

KUALA LUMPUR, 1 Oktober- Pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) dinobatkan selaku juara Liga Premier selepas menang tipis 1-0 ke atas Selangor FC dalam perlawanan di Stadium UiTM, Shah Alam.

Skuad kendalian Mariano Echeverria itu bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga babak kedua perlawanan sebelum menghasilkan jaringan pendahuluan menerusi Daryl Sham K.K. George pada minit ke-49. 

Selangor 2 berpeluang menjaringkan beberapa gol namun ia gagal disempurnakan dan keputusan kekal 1-0 sehingga wisel penamat.

Keputusan tersebut menyaksikan gelaran juara Liga Premier sah menjadi milik JDT II dengan mengumpul 42 mata.

Sementara itu di Kota Bharu, Kelantan FC kekal di tangga kedua liga mengumpul 37 mata selepas mencatat keputusan seri 1-1 menentang Kelantan United pada perlawanan berlangsung di Stadium Muhammad Stadium Sultan Muhammad IV.

Kelantan terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Nurshamil Abd Ghani yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-35 sebelum Kelantan United menyamakan kedudukan pada minit ke-53 menerusi Mohammad Amirul Shafik.



(Foto MFL)

Media Baharu