fb fb fb fb fb

Indonesia tarik diri, laluan sedikit mudah untuk Harimau Muda

KUALA LUMPUR, 12 Februari - Laluan Malaysia dalam saingan kumpulan B menjadi sedikit mudah apabila Indonesia disahkan menarik diri menjelang kempen Piala AFF Bawah 23 Tahun 2022.

Ia selepas pasukan dari negara jiran itu berdepan krisis COVID-19 dan kecederaan pemain.

Dalam satu kenyataan, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) berkata, skuad Garuda itu menarik diri selepas 7 pemainnya disahkan positif COVID-19 manakala 4 pemain lagi terpaksa menjalani kuarantin.

Indonesia turut berdepan masalah kecederaan tiga pemain utama, sekali gus menyaksikan mereka tidak memiliki skuad yang lengkap untuk menyertai kempen kali ini.

Malaysia pada awalnya dijadual bertemu Indonesia pada 21 Februari ini di Stadium Nasional Morodok Techo.

Hanya juara dan satu naib juara terbaik daripada tiga kumpulan akan layak ke separuh akhir.

 

Media Baharu