KUALA LUMPUR, 14 Oktober- Skuad bola sepak kebangsaan gagal menandingi kehebatan pasukan ke-95 dunia, New Zealand, selepas tewas 0-4 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium North Harbour, Auckland, hari ini.
Kesemua empat gol New Zealand hadir di separuh masa kedua perlawanan selepas kedudukan terikat tanpa jaringan di babak pertama.
Pada pertembungan pertama kedua-dua pasukan selepas 18 tahun, skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti Vicente bermula perlahan dan bergelut mencari rentak permainan, menyaksikan New Zealand unggul mendominasi penguasaan bola.
Pada babak kedua, Malaysia bermula agak baik apabila melakukan percubaan tepat pertama pada minit ke-50 menerusi tandukan Romel Morales, namun ia dinafikan penjaga gol lawan, Alex Paulsen.
Penguasaan itu tidak kekal lama apabila New Zealand memecah kebuntuan gol selang dua minit kemudian.
Just menyudahkan hantaran Liberato Cacace untuk meletakkan pasukan dihadapan dengan kedudukan 1-0.
Menggandakan jaringan itu pada minit ke-60 Matthew Garbett sebelum Chris Wood menambahkan gol ketiga pada minit ke-71.
Pemain gantian, Logan Rogerson melengkapkan kemenangan All Whites selepas rembatannya dari luar kotak penalti menerjah gawang negara untuk gol keempat pada minit ke-90.