fb fb fb fb fb

Guardiola bangga disiplin pemain Man City dalam tempoh perayaan

Foto AFP

LONDON, 27 Disember - Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, memuji disiplin tinggi pemainnya selepas memberi peringatan agar tidak menaikkan berat badan sepanjang musim perayaan.

City menewaskan West Ham 3 - 0 sebelum Krismas untuk kekal dua mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Guardiola berkata pemainnya ditimbang sebelum cuti pendek dan diingatkan supaya menjaga kecergasan menjelang aksi menentang Nottingham Forest pada Sabtu.

Kemenangan bakal membawa City kembali ke puncak liga sebelum Arsenal berdepan Brighton.

“Saya naik empat atau lima kilogram kerana makanan dan minuman, jadi itu bagus,” katanya berseloroh.

“Tetapi pemain-pemain sangat berdisiplin sejak 10 tahun lalu, walaupun musim lepas kami dibelenggu kecederaan, mereka tetap berdisiplin. Di kelab ini, semua orang tahu tanggungjawab masing-masing.” katanya

City kini mencatat tujuh kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan dan masih bersaing untuk beberapa trofi.

“Saya lebih suka kami 10 mata di depan, tetapi keadaan sekarang tetap baik. Arsenal bermain cemerlang tetapi kami masih dalam persaingan,” katanya.

Perlawanan itu juga menjadi aksi pertama selepas kematian legenda Nottingham Forest, John Robertson, pada usia 72 tahun.

Guardiola menjangkakan cabaran sukar di City Ground.

“Ia sentiasa perlawanan yang sukar, terutama di tempat lawan dengan sokongan kuat penyokong,” katanya.

Forest kini lima mata di atas zon penyingkiran.-AFP

AZRUL FAIZAL JUSOH