fb fb fb fb fb

Frech singkir Andreeva, kejutan terbesar Terbuka Berlin

Pemain tenis Poland, Magdalena Frech

BERLIN, 17 Jun- Pemain bukan pilihan dari Poland, Magdalena Frech, mencuri tumpuan di Terbuka Berlin apabila menumbangkan pilihan keenam kejohanan, Mirra Andreeva, 2-6, 7-5, 6-0 dalam aksi pusingan pertama.

Kemenangan itu sekali gus menjadi antara kejutan terbesar kejohanan setakat ini.

Frech, bangkit selepas tewas set pertama sebelum mendominasi baki perlawanan, termasuk menutup set penentuan 6-0, kekalahan paling teruk buat Andreeva dalam karier profesionalnya.

Kemenangan itu menyaksikan Frech mara mara ke pusingan 16 terakhir.

Ia turut menjadi kemenangan kedua Frech ke atas pemain kelompok 10 terbaik dunia sepanjang kariernya, sekali gus membuktikan keupayaannya sebagai pencabar serius dalam musim gelanggang rumput kali ini.- REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE