fb fb fb fb fb

FIFA gantung Sri Lanka berikutan isu tadbir urus

(FIFA menerusi surat rasmi mengumumkan bahawa FFSL digantung "sehingga
dimaklumkan kelak"/REUTERS)

COLOMBO, 22 Januari- Badan induk bola sepak dunia, FIFA telah menggantung persekutuan kebangsaan Sri Lanka, sebulan selepas mengeluarkan "notis merah" berhubung isu tadbir urus.

Amaran itu dibuat selepas Kementerian Sukan memperkenalkan peraturan yang dilaporkan menjejaskan autonomi dan kebebasan badan sukan negara, termasuk Persekutuan Bola Sepak Sri Lanka (FFSL).

Bulan ini FFSL mengadakan pemilihan yang dilaporkan tidak mencapai piawaian yang dipersetujui dengan FIFA dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Dalam pemilihan itu, sekutu menteri sukan dipilih sebagai pengerusi.

FIFA menerusi surat rasmi mengumumkan bahawa FFSL digantung "sehingga dimaklumkan kelak".

Penggantungan itu menghalang skuad kebangsaan Sri Lanka yang berada di tengah-tengah krisis ekonomi besar, yang sebahagiannya dipersalahkan atas rasuah daripada mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa.

Pasukan lelaki Sri Lanka berada di kedudukan ke-207 dunia manakala skuad wanita kedudukan ke-155. -AFP

(FIFA gantung Sri Lanka berikutan isu tadbir urus/FFSL)

 

Media Baharu