fb fb fb fb fb

FAM sambut baik peruntukan RM15 juta untuk Harimau Malaya

Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed

BANDARAYA MELAKA, 18 Oktober- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyambut baik peruntukan memperkasa pasukan Harimau Malaya menerusi Belanjawan 2025, petang tadi.

Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan dalam menyokong pembangunan sukan bola sepak negara.

"Penggiat-penggiat bola sepak, lebih-lebih lagi FAM menyambut baik pengumuman yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan menyalurkan sejumlah peruntukan yang begitu banyak RM15 juta, semata-mata untuk memartabatkan dan memperkasa Harimau Malaya itu sendiri," kata Mohd Firdaus kepada pemberita, hari ini, di sini.

Katanya, peruntukan itu penting dalam pembangunan sukan bola sepak negara.

Sementara itu, peruntukan turut diberi untuk memperkasa industri e-sukan berjumlah RM20 juta meliputi pembangunan bakat serta naik taraf arena e-sukan serta RM1 juta untuk pembangunan sukan kriket.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM