fb fb fb fb fb

Djokovic jinak Kyrgios dalam Kejuaraan Wimbledon

(Aksi Djokovic  selepas menewaskan Kyrgios dalam pertarungan 4 set pada final Kejuaraan Wimbledon, semalam/ AFP)

LONDON, 11 Julai- Bintang Serbia, Novak Djokovic mempamer kebangkitan menakjubkan ketika menjinakkan pemain Australia, Nick Kyrgios dalam pertarungan 4 set pada final Kejuaraan Wimbledon semalam.

Ini kali keempat berturut-turut Djokovic menjulang gelaran dalam kejohanan di atas gelanggang rumput tersebut.

Djokovic turun beraksi di final dengan rekod tanpa kalah dalam 27 perlawanan di Wimbledon.

Bekas pemain nombor 1 dunia itu bagaimanapun dikejutkan dengan permainan cemerlang Kyrshios yang mendominasi set pertama dengan 6-4.

(Djokovic telah memenangi 21 kejuaraan Grand Slam sepanjang kariernya/ AFP)

Namun, Djokovic mula mempamer taring sebenarnya apabila bangkit di set kedua dengan kejayaan 6-3 serta mengekalkan momentum kemenangan di set ketiga dengan 6-4.

Kyrgios yang beraksi di pentas final Grand Slam pertama dalam kariernya, cuba memberi tentangan kepada Djokovic di set keempat apabila mengikat kedudukan 6 sama.

Bagaimanapun, ia masih belum cukup untuk menghalang Djokovic daripada memenangi set tersebut menerusi tie break 7-6, sekali gus menjulang gelaran Wimbledon buat kali ketujuh.

Ketika ini, Djokovic telah memenangi 21 kejuaraan Grand Slam sepanjang kariernya, ketinggalan satu gelaran di belakang pemegang rekod, Rafael Nadal yang memenangi 22 kejuaraan. -AFP

Media Baharu