fb fb fb fb fb

Bojan Ciger tinggalkan KDA FC, sertai kelab Uzbekistan

Bojan Ciger (bawah, kuning)

KUALA LUMPUR, 19 Januari- Pemain pertahanan import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Bojan Ciger sah meninggalkan Sang Kenari setelah menyertai Neftchi FC Ferghana yang beraksi di Liga Super Uzbekistan.

Neftchi FC Ferghana menerusi laman sosialnya mengumumkan kelabnya berjaya mengikat khidmat pemain Serbia berusia 29 tahun itu.

Ia menyatakan pasukannya akan diperkuatkan lagi dalam saingan musim baharu dengan kehadiran Bojan.

Bojan bakal beraksi di posisi pertahanan dalam kelab tersebut.

Dia sebelum ini pernah beraksi dalam dua musim di Liga Super Uzbekistan bersama Navbahor Namangan sebelum kedua-dua mereka menyertai KDA FC pada musim 2023.

Bojan antara pemain paling banyak beraksi pada musim 2023 bersama KDA FC dengan 25 perlawanan semusim, namun tidak menyambung kontrak bagi saingan 2024.

 

SITI AISHAH BINTI MD ISA