fb fb fb fb fb

"Beri Jonassen masa"- Hannah

Hannah Yeoh h bercakap kepada media pada Majlis Penyampaian Hadiah ASEAN 39 Templer Park Malaysian Ladies Amateur Open di Templer Park Country Club hari ini / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meminta semua pihak memberi ruang dan masa kepada Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Negara, Kenneth Jonassen, untuk merangka perancangan terbaik selepas prestasi hambar sektor perseorangan negara di Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2025 di Solo, Indonesia, minggu lepas.

Menurut Hannah, kementeriannya yakin segala sokongan yang diperlukan telah disalurkan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi membantu jurulatih berusia 51 tahun dari Denmark itu, yang memikul tanggungjawab berkenaan sejak Januari lalu.

“Jurulatih baharu belum panas badan. Kita perlu beri masa kepada beliau untuk menilai dan membentuk corak permainan pemain. Melahirkan juara bukan sesuatu yang boleh dicapai dalam sebulan dua,” katanya ketika menutup Kejohanan Golf Terbuka Amatur Wanita Malaysia Ke-39 ASEAN di Templer Park Country Club, hari ini.

Kenyataan Hannah itu hadir susulan pandangan legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei, yang semalam meminta agar Jonassen tidak dibebani dengan harapan tinggi memandangkan beliau baru menyertai Akademi Badminton Malaysia (ABM) kurang daripada 12 bulan lalu.

Pada BAJC 2025 yang berakhir 27 Julai lalu, semua wakil perseorangan negara terkandas di pusingan awal.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE