KUALA LUMPUR, 20 Mei - Beregu wanita negara, Ho Le Ee-Amanda Yap berjaya melepasi pusingan awal Malaysia Masters 2025 selepas menewaskan wakil Thailand, Phattharin Aiamvareesrisakul-Sarisa Janpeng dalam aksi sengit tiga set di Axiata Arena.
Wakil negara itu tewas 19-21 pada set pertama, sebelum bangkit dengan pada dua set berikutnya mencatat kemenangan 21-14 dan 22-20 dalam masa 1 jam 20 minit
Sementara itu, satu lagi wakil negara Cheng Su Hui-Tan Zhing Yi gagal mengikut jejak langkah rakan sepasukan apabila tersingkir di tangan beregu Taiwan, Sung Yi Hsuan-Yang Yi Hsun.
Mereka menang 22-20 pada set pertama namun tewas 13-21 dan 15-21 dalam dua set berikutnya walaupun beraksi dengan semangat juang tinggi.