TOKYO, 24 Ogos- Pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin, Tei Ee Yi gagal mara ke pusingan ke-3 Kejohanan Badminton Dunia di Jepun selepas tewas kepada gandingan Singapura, Hee Yong Kai Terry, Loh Kean Hean, 22-20, 22-20.
Yew Sin dan Ee Yi memberi tentangan sengit pada set pertama, namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas tipis 20-22.
Pasangan yang berada pada ranking ke-10 dunia itu bangkit pada set kedua dengan permainan pantas.
Bagaimanapun gandingan itu tewas pada saat-saat akhir dengan mata 20-22.
(Gandingan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin dan Tei Ee Yi)
Kekalahan itu sekaligus melenyapkan peluang mereka untuk mara ke pusingan seterusnya.