fb fb fb fb fb

Azeem lanjut pengajian di Universiti Auburn

(Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 18 November- Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi bakal melanjutkan pengajian dan mengembangkan kerjaya olahraganya di Universiti Auburn di Amerika Syarikat (AS).

Teka-teki universiti pilihan jaguh pecut negara itu akhirnya terjawab dengan perkongsian di media sosial 'Auburn Track & Field' yang memuat naik poster mengalu-alukan kedatangan pelari berusia 18 tahun itu.

Hantaran itu memuatkan ucapan selamat datang: "Malaysia ke Auburn. Welcome home Azeem Fahmi."

Keputusan Azeem itu menyaksikan dia bakal menerima bimbingan bekas pemegang rekod dunia 100 meter, Leroy Burrell yang bertindak sebagai ketua jurulatih trek dan balapan Universiti Auburn.

Azeem yang berasal dari Ipoh, Perak meraih keputusan cemerlang 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

(Perkembangan itu dikongsikan di media sosial pasukan trek dan balapan universiti
berkenaan apabila memuat naikposter mengalu-alukan kedatangan pelari pecut berusia
18 tahun itu?FOTO IG Auburn Track & Field)


Beliau mencipta sensasi ketika memecahkan rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.09 saat di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah Tahun di Colombia, Ogos lalu.

Menerusi pencapaian cemerlang bidang akademik dan sukan, Azeem menerima beberapa tawaran melanjutkan pengajian dan mengembangkan kerjaya olahraganya di AS sebelum memilih Universiti Auburn.

Media Baharu