fb fb fb fb fb

AUG 2022: Gelaran Ratu Pecut milik Azreen Nabila

UBON RATCHATHANI, 27 Julai- Skuad olahraga mahasiswa negara berjaya menambah pungutan pingat temasya AUG 2022 dengan meraih dua emas, enam perak dan 1 gangsa pada aksi yang berlangsung di Stadium Sisaket Sport Authority of Thailand.

Pada acara reben biru 100 meter wanita, catatan larian 11.88 saat menobatkan Azreen Nabila Alias selaku ratu pecut AUG dengan pingat emas.

Lebih manis rakan senegara, Nor Sarah Adi meraih perak dengan catatan masa 11.97 saat, sementara gangsa milik wakil tuan rumah Thailand.


(Atlet pecut, Azreen Nabila Alias)

Bagi acara padang, lontaran kedua Kamal Farhan Abdul Kamal sejauh 16.47 meter melayakkan beliau meraih pingat emas lontar peluru.

Catatan berkenaan yang turut memperbaiki rekod peribadinya itu berjaya meninggalkan dua wakil tuan rumah yang meraih perak dan gangsa.

Sementara itu, Malaysia turut menambah kutipan pingat perak melalui Nurul Hidayah Lukman acara baling tukul besi, Mohamad Amirul Arif Mohd Azri acara 1,500 meter, Teoh Kim Chyi (400m), Muhammad Firdaus Mohamad Zemi (400m) dan R. Kirthana (lompat kijang).

Selain itu, satu pingat gangsa turut diraih menerusi Savinder Kaur Joginder Singh dalam acara 1,500 meter.


(Kamal Farhan Abdul Kamal mencatat lontaran sejauh 16.47 meteruntuk raih emas acara lontar peluru)

Media Baharu