fb fb fb fb fb

Aubameyang kembali ke Liga Perdana Inggeris, kemudi jentera serangan Chelsea

Foto FB Chelsea

LONDON, 3 September- Chelsea sah mendapatkan khidmat penyerang Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang bagi saingan musim ini.

Perpindahan tersebut menyaksikan Aubameyang diikat kontrak selama dua tahun dengan bayaran €12 juta euro.

Pengumuman dibuat selepas jendela perpindahan ditutup secara rasmi, membawa Aubameyang kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas hanya beberapa bulan meninggalkan Arsenal.

Aubameyang sekali lagi akan bekerjasama dengan pengendali The Blues, Thomas Tuchel yang pernah membimbingnya di Borrusia Dortmund.

"Saya sangat gembira. Ia satu penghormatan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini dan saya tidak sabar untuk bermula," kata Aubameyang kepada laman web Chelsea.

"Saya mempunyai beberapa urusan yang belum selesai dengan Liga Perdana jadi ia baik untuk kembali dan benar-benar mengujakan."

Pengerusi Chelsea Todd Boehly menambah, Pierre-Emerick adalah penyerang elit dengan rekod prestasi yang terbukti dalam Liga Perdana dan kedatangannya menguatkan skuad kami selain boleh memberikan kami pilihan serangan baharu.

Selain bayaran perpindahan, pemain pertahanan The Blues, Marcos Alonso turut menyertai Barcelona sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dipersetujui.

Selepas lima perlawanan musim ini, Chelsea yang kehilangan khidmat Romelu Lukaku dan Timo Werner berada di kedudukan ke-10 selepas hanya mengutip tujuh mata.


(FOTO AFP)

Media Baharu