fb fb fb fb fb

AS Roma pecat De Rossi

Foto REUTERS

ROM,18 September - Ketua jurulatih AS Roma, Daniele De Rossi dipecat serta merta hari ini.

Perkara itu disahkan menerusi kenyataan kelab itu.

Antara faktor pemecatan itu adalah kelab itu tidak menang dalam empat perlawanan liga pertama mereka musim ini.

“Daniele De Rossi telah dilepaskan daripada tugasnya sebagai ketua jurulatih pasukan utama,” kata Roma dalam satu kenyataan.

"Keputusan kelab dibuat demi kepentingan terbaik pasukan, untuk kembali ke laluan yang diingini secepat mungkin pada masa musim masih di peringkat awal."

Untuk rekod, De Rossi, yang menghabiskan hampir dua dekad di Roma sebagai pemain, mengambil alih jawatan ketua jurulatih pada Januari selepas Jose Mourninho dipecat.

Dia menandatangani lanjutan kontrak sehingga 2027 pada bulan Jun.- REUTERS

Trainee2