fb fb fb fb fb

Arsenal akan bangkit

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta / AFP

LONDON, 9 November - Arsenal dijangka kembali bangkit daripada mimpi ngeri menjelang pertemuan dengan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Isnin.

Pengurusnya, Mikel Arteta yakin pasukannya akan menyahut cabaran tersebut bagi mengubah nasib mereka pada musim ini.

"Jelas sekali apabila anda tidak menang ia menjejaskan perasaan dan tenaga. Tetapi apa yang positifnya adalah tiada sesiapa di sini yang mahukan kemenangan lebih daripada saya.

"Ketika saya bertemu dengan pemain, saya dapat merasakannya. Mereka memberikan perhatian, dahagakan kemenangan dan gembira untuk bekerja," katanya kepada pemberita.

The Gunners hanya memenangi tiga daripada lapan perlawanan terakhir EPL.

Arsenal kini berada tangga kelima liga selepas mengutip 18 mata dalam 10 perlawanan, manakala Chelsea kedudukan keempat liga. -AFP

Trainee2