fb fb fb fb fb

'Anak Rimau The Movie' mampu bawa jenama sukan tempatan ke peringkat antarabangsa

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Usaha melibatkan atlet ke dalam filem berunsur sukan mampu meningkatkan semangat kesukanan atlet.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata filem juga mampu menjadi wadah mengetengahkan produk jenama sukan tempatan di peringkat antarabangsa.

(Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker)

"Kita harap dengan semangat kerjasama ini dapat menggabungkan hiburan, sukan dan kementerian bersama-sama kerana kementerian juga perlukan sokongan dari segi perbelanjaan pada atlet,pemupukan latihan dan sebagainya," katanya ketika ditemui selepas pelancaran tayangan perdana filem Anak Rimau The Movie di ibu negara.

Filem diterbitkan Fadzil Manap menerusi Keeklr Films Sdn Bhd yang menelan belanja RM5.5 juta itu akan mula ditayangkan pada 1 September depan.

Dua pemain bola sepak kategori bawah 14 tahun dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil dan Hanz Daniel Skelchy terlibat membintangi filem ini.

Media Baharu